KATA BILANGAN

Apakah contoh kata bilangan yang kata selepasnya tidak perlu digandakan?

Perkataan-perkataan berikut tergolong dalam kata bilangan. Oleh sebab itu, perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. perkataan-perkataan itu ialah:

berbagai-bagai / pelbagai, para, sebahagian, segenap, keseluruhan, kedua-dua, beribu-ribu,
berguni-guni, tiap-tiap, masing-masing.

catatan: bagi perkataan masing-masing perkataan yang mendahuluinya tidak perlu digandakan.

Contohnya:
Semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing

Dalam bahasa Melayu terdapat sekelompok perkataan yang dipasangkan pada kata bilangan. Perkataan jenis ini termasuklah perkataan;
angkatan, baris, batang, berkasjambangan, gugus, kawan, rangkai dan sebagainya. perkataan ini walaupun dirangkaikan dengan awalan se- yang bermakna 'satu' atau perkataan 'satu' masih mengandungi makna kumpulan, yakni lebih daripada satu dalam satu kumpulan.

contohnya:

seangkatan, sebaris, seberkas, segemal,seikat, sejambak, sejambangan, segugus, sekawan, sekelompok,sekumpulan, selonggok, serangkai, serangkap, serumpun, sesikat/sesisir, setandan, setimbun.    
  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog