PENGGUNAAN KATA GANTI SINGKATAN

Terdapat empat jenis kata ganti singkatan dalam bahasa Melayu, iaitu ku, kau, mu dan nya.
kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif) ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.
contohnya:

kutulis, kulihat, kulambai,
kautulis, kaulihat, kaulambai

i.  kata ganti singkatan ku, mu dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang     mendahuluinya

contoh:
rumahku, rumahmu, rumahnya, untukku, untukmu, untuknya


ii.  kata ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis sebelum kata ganti singkatan itu.

contoh:
rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku,
kita memohon petunjuk-Nya / rahmat-Nya


Comments

  1. Replies
    1. sbnrnya msh ramai yang tak perasan fungsi kata ganti singkatan..biasanya penggunaan perkataan mu dan ku banyak ditemui dalam teks sastera terutamanya puisi moden (sajak)..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog