Bicara santai makcik tentang JODOH (LEWAT).


-Kalau anda membaca, kalian boleh menyatakan utk tidak bersetuju dengan persepsi makcik-.

Lama dah nk taip pasal ni..tak berkesempatan. Sementelah, makcik bukan orang yg layak, cuma rasa nak kongsi sesuatu berdasarkan kitaran yg berlaku di sekitar makcik dlm tempoh kurang lebih 25 tahun, setelah dicampur tolak usia makcik yg dh cecah 42 tahun ni (tolak juga umur semasa baby & kanak2 riang makcik😂)
Kenapa 25 tahun?. Makcik kira umur ni (18 tahun), makcik dah agak matang untuk menilai apa yang berlaku dalam lingkungan makcik (dalaman & luaran) , sebab makcik dah 'keluar' rumah dan kampung, luar daripada negeri kelahiran makcik, -KELANTAN- 03 (kod IC). Usia ni juga makcik dah kenal cinta yang sebenar (makcik tolak lagi zaman cinta monyet makcik😂😂), dgn siapa, biarlah rahsia. Lingkungan usia ni juga, ada orang yg dlm ruang lingkup makcik yg dah nikah.

Kembali ke tujuan asal makcik menaip, -JODOH- (lewat). Kenapa makcik tiba2 ketengahkan isu ni?. Sebab ada dlm kalangan orang yg makcik kenal di persekitaran makcik yang blm nikah, umur sebagaimana makcik taip di para bawah.

Berkisar tentang tatacara dan tipikal pemikiran orang2 tua, jodoh (lewat) wanita khasnya yg menginjak usia 30 tahun dan ke atas, seolah- olah 'tak laku' (maaf agak kasar), kalau nikah umur sebegini susah nak 'lekat' (anak).
Pelik tapi benar.
Hingga ke hari ini (tahun 2021), mereka masih melabelkan benda yg sama.. kadang sedih baca, dengar dan lihat perangai orang2 tua mulut becok ni (maaf kalau agak kasar). Sedangkan rezeki JODOH termasuk dlm rahsia & dalam genggaman ALLAH S.W.T.
Oleh sebab dangkalnya pemikiran, mak/ ayah sanggup pertaruhkan hidup ank gadis mereka-
"Tak bahagia tak apa, asalkan nikah awal".
"Kena sepak terajang, diabaikan ( nafkah zahir & batin), disumpah seranah, diperkudakan, dikhianati, dijual, diceraikan (usia muda) pun tak apa asalkan nikah awal". Nanti pandai2 lah anak gadis mereka hidup dan sesuaikan diri dengan alam rumahtangga. Asalkan tak berjodoh lewat.😭
Padahal sudah sekian banyak contoh ada depan mata, tapi mereka butakan mata serta pekakkan telinga.

Duhai si dara nan rupawan, enjoy & nikmatilah hidup single. Tak perlu rasa stress, malu kalau jodoh (lewat) tiba. Bahagia itu kita yg kecap & rasa. Selagi kau boleh terbang bebas, terbanglah setinggi yang boleh. Stabilkan hidup (ilmu, kewangan & kerjaya) selagi mampu, tak perlu terburu- buru masuk dalam dunia perjodohan selagi blm betul2 sampai 'seru' ( kun fa ya kun- Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia).

Hal jodoh ni, kalau kau dah bersedia dari segi mental dan fizikal sekalipun, blm tentu kau akan benar2 capai bahagia, kerana ujian alam rumahtangga ni mmg tak terjangkau dek akal. Kalau kau temui bahagia di awal perkahwinan, tidak semestinya kau tidak telan pahit & racun sama ada di pertengahan atau pengakhiran. Vice versa.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kau takkan tahu perangai sebenar masing2 selagi blm sebantal & sekatil (melalui akad ijab & kabul yg sah).

Penulisan makcik bukan bertujuan menakut- nakutkan, sekadar memberi sebahagian gambaran sebenar tentang perkahwinan. Hakikat 'manis' yang anda lihat apabila ada pasangan yg sedang meliuk lentuk di bahu pasangan juga kadangkala bukan kejadian sebenar 'behind the scene'.
Ia berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan, cerita2 yg makcik dengar dalam ruang lingkup hidup makcik sepanjang tempoh ini.


Sekian taipan makcik ;
- org huruf yg selalu 'bergaduh' dgn angka.😅
- Berjodoh ketika usia 24 tahun (saat sahabat seperjuangan sedang menggapai impian)
- makcik yg bangga tgk wanita yg berada di puncak, berdikari & bahagia dengan cara masing2.


A.MN@010921

Comments

Popular posts from this blog