Bicara Santai misteri seram makcik ( pengalaman di kolej kediaman UiTM Shah Alam)
Cerita lama..makcik simpan..tak pernah cerita kat sape2 pun rsnya..
Baca sambil chill2 je..
Kenapa misteri seram?.. makcik sendiri tak ada jawapan..
Makcik cuma nk bgtahu, makcik ni jns manusia, kalau org tak cerita apa2, mmg berani..sekali dah tahu @ dgr cerita, mmg penakut tahap gaban..😂😂
KISAH 1: Hari terakhir minggu orientasi..
Awal mlm, semua dh kepenatan dgn aktiviti harian..badan & emosi mmg ke laut..suasana sunyi lain macam mlm ni, blh dgr bunyi ranting gugur atas lantai simen tanpa bumbung (terbuka), tempat kami berkumpul bersama kakak2 fasilitator ( abg fasi tak pasti ada tak ms ni, sbb kolej kediaman wanita - lupa, faktor usia mungkin😅).
Sesi muhasabah berlangsung. Tiba saat akhir, tangisan bertukar histeria, sebelah kanan, jln menuju kolej kediaman sementara kami, sepanjang mgu tersebut. Keadaan tiba2 jadi gawat & hingar..Lps sorang, sorang yg lain pula kerasukan (berjangkit)..
Makcik dan adik2 yg berada di bhgn tgh & kiri, duduk berhimpit, berpegangan tangan, bc apa yg patut utk mengumpul kekuatan yg masih bersisa. Berdoa, moga kami terlepas dr kerasukan..Alhamdulillah.
Hampir tgh mlm, baru keadaan reda. Kami dilepaskn ke bilik masing2 yg menempatkan 4 org pelajar waktu itu, Dipendekkan cerita, tilam katil double decker kami turunkan..tidur la kami berhimpit kt lantai mlm tu, sbb ketakutan.
Makcik tersedar apabila terdengar bunyi suara2 di luar bilik, mata tersilau jam, 6.45 pagi, jam 7 semua wajib berkumpul..Astaghfirullah, subuh gajah makcik pg tu. Mandi kerbau la jwbnya. Masa berpapasan dgn adik bilik sebelah di muka pintu bilik. Dia terkejut tgk makcik terkocoh- kocoh, kejar masa nk solat.
Dia: Aikk, K.ira br bgn ke?.Berlapis kerutan di dahi & kening.
Makcik: Ya, tak sedar, pnt sgt kot, bls makcik. Tak ada org tlg kejutkan kami.
Adik: Kami tak kejut K.Ira, sbb K.Ira selalu bgn awal. Lagipun kami dgr pintu bilik k.ira buka tutup, buka tutup mcm org keluar masuk. Kami andaikan k.ira dh bgn, biasanya k.ira org yg paling awal bgn di antara kami. ( ya, makcik dh bgth para atas. Selagi tak sampai di telinga makcik cerita hantu, makcik akn ke toilet sorang2. Time subuh, sblm adik2 bgn, makcik dh ready utk solat, bukan sbb nk tunjuk alim..tapi tak nak berebut toilet dgn org lain😁..kira serampang dua mata jgk la ..selagi bergelar hamba Allah, kewajipan mesti diutamakan).
Jeng..jeng..jengg..-siapakah-?
KISAH 2: Semestar 1@kolej kediaman tetap ( kolej tertua di UiTM, khabarnya- berhantu -)👻👽💀
Kami sbg junior ditempatkan dlm dorm. Kurang lebih 20 org kot - lupa lagi -🤣
paling dkat dgn tangga ke kelas, kafeteria dan lain2 urusan. Kira tangga utama la kot. Bahagian hjg dorm plg hampir dgn tandas. Jadi, makcik terpaksa menapak beberapa langkah utk ke toilet. Semua katil double decker jenis single bed, makcik dok katil atas. ( makcik ni nmpk je lemah lembut - org ckp-😅, tp kat kampung apa pokok yg makcik tak panjat zmn budak2. Pendek kata, makan rambutan sambil bergayut atas pokok pun pernah, setakat katil bertangga..apadahal..)🤣🤣.
Dalam dorm kami, byk kejadian pelik berlaku dkt adik2 kat bhgn hjg dkat toilet. Ada yg bangun pagi kulit lebam2 besar, bukan kecil, bukan sorang dua, mcm berjangkit. Tak tahu punca. Makcik tgk sendiri kesan tu. Ada yg demam, ketakutan, tdur terganggu. Benda berlarutan lama, terpaksa hadap la kan.
Satu hari, makcik dah ada tanda2 demam. Siang hari tu, makcik tidur2 ayam sambil berselimut, dalam keadaan mamai, masa tu ada makhluk bsr berbulu hitam, duduk mcm antara dua sujud sesambil dok selak selimut, bhg hujung kaki makcik sblh kanan. Makcik tidur terlentang, muka makcik menghadap bhgn pipi kiri makhluk berbulu penuh tu. Bayangkan, bed single, ngam2 je makcik yg msh kecil molek masa tu, makhluk tu elok je duduk berteleku kat situ. Kalau fikir logik, mmg tak muat langsung utk btg tubuh bsr yg lain duduk camtu. ( mustahil la kalau kera saiz kecil, yg selalu masuk ikut tingkap terbuka, curi mknan kami sebesar itu. Lagipun, kumpulan kera tu lps ambil mkanan, trs terjun masuk hutan berbukit blkg blok kami, tak adanya nk bertenggek atas katil kami. Hujung minggu, tak ada kls, dlm keadaan masih lemah, makcik cabut. Blk rmh kakak makcik di seksyen 18. 😅
KISAH 3: Awal mlm, tak ada karen - makcik guna istilah ni sbb teringat seseorang yg makcik pernah tersuka tanpa sengaja😅🤣.Dia bantai gelak apabila makcik sebut ni 👉( gangguan/terputus bekalan letrik)👈. Bahasa standard @ penulisan seperti dlm kurungan, kan??.Tlg betulkan kalau makcik silap.😊
Katil double decker yg biasanya berselang dgn locker kami rapatkan sbb takut. Lps letrik kembali pulih, kami yg pd awalnya berhimpit di katil bwh, masing2 tdur di katil sndiri bhgn atas. Makcik sebagaimana biasa yg tdur dlm lampu terang sejak zmn budak2 - (adik-beradik mmg tahu la perangai makcik yg annoying ni, membawa sampai tua bangka ni- tak boleh tdur dlm gelap, rs lemas.Tidur mesti 'bermandikan cahaya' walaupun samar2)-.
Sepanjang waktu tgh mlm tu, makcik tak blh lelap. Adik katil sblh elok je tidur, tiba2 dia yg tgh tidur meniarap muka mengadap makcik, jegil mata. Buntang mata merah pandang tepat ke arah makcik yg tak tutup mata masa tu. Lampu kalimantan betul2 kat tepi dia..Apa yg yg berlaku, terlihat jelas pd pandangan mata makcik. Makcik dlm keadaan kecut perut, terpaksa tutup mata, dlm hati berdoa, jgn la dia cuba bergurau & bgn terkam makcik..usaha bc apa yg ptt sambil tgn pgg quran kecil yg sntiasa menemani tdur makcik.
Esk pg, bgn dlm keadaan bdn lesu. Makcik tny adik sblh lps blk kls ptg.
Makcik: Mai ada bgn atau terjaga tak mlm td?.
Mai: Tak ada K.ira, nape?
Makcik hanya geleng kepala, senyum & trs berlalu. Adik tu makcik selalu tgk, kalau letak kepala je trs lena. Makcik je dok terkebil- kebil, ssh nk tidur, terbawa- bawa sampai ke tua.
KISAH 4: Part ni mmg tak boleh lupa, kdg2 tersengih2 mcm kerang busuk sampai skrg.Tambah2 kalu dgr bunyi benda tu, nak luruh jantung.Takut.😅
Waktu ptg, sblm masuk toilet makcik tak dgr soksek2 atau apa2 pengumuman. Kelaziman makcik, dh siap, lengkap serba serbi br makcik basuh baju. Masa tgh basuh bj, masih terdengar suara2 bebelan & bunyi paip menandakan ada org lain dlm toilet, makcik bukan keseorangan. Cuma tak pasti, betul2 org atau makhluk alam lain.👻.Di saat makcik terdengar sayup bunyi enjin yg berderum tu yg makin lama, makin mendekat, makcik masih terdengar pancuran air bilik sebelah. Cuma keadaan je yg sunyi. Tak ada langsung suara pemberitahuan utk meninggalkan toilet secepat yg mungkin. Deruman enjin yg makin hampir, bergegar 1 toilet, buat makcik takut, rs bergegar jantung, asap dah berkepul- kepul masuk. Siap je, makcik angkat baldi, towel sbg pengganti tudung masa tu makcik rapikan. Sekenyong- konyong makcik di muka pintu bsr toilet dgn asap berkepul- kepul, makcik terkesima. Langkah terhenti, makcik perasan abg fogging yg bersut putih lengkap juga terkejut. Makcik tak pasti, dia terkejut sbb tiba2 muncul gadis comel pgg baldi kain di sebalik asap fogging tersebut, atau dia terkejut sbb terpandang makhluk lain di blkg makcik🤣🤣🤣🤣Gambarannya seolah- olah filem/drama seram tiba2 byk asap, keluar makhluk..seram tak?😂😂.
Sempat abg fogging tu tny, nape masih kt sini?. Cepat turun katanya.. atas bawah blok dh penuh asap fogging, diorg bertutup lengkap mcm org pkai ppe, makcik hanya bertutup towel. Baldi kain makcik ltk je di muka pintu dorm, trn tangga semua mata memandang makcik. Semua dh ada kat bwh kot. Hairan mungkin, mcm mn makcik blh tertinggal sorang2 kat atas ( makcik dok tingkat 1@2 - lupa lagi😂).
Adik2 1 dorm soksek2 tny, K.ira g mn?. K.ira tak tahu ke org dtg fogging?. Makcik hnya geleng, senyum kambing.
Selesai je fogging, kami bersiap trn ke kafeteria utk mkn mlm ( sblm maghrib).
Kain baju makcik???.ermmm terpaksa la makcik basuh lagi sekali..bau mcm myk tanah dah lekat kat kain baju yg masih basah tu🤣🤣tak 'selera' nk pkai dah..
Sampai skrg mmg makcik rs bergegar bagai nak 'luruh' jantung kalau dgr fogging machine tu. Tak tahu nape, tapi tetap juga tersengih. Teringat momen misteri seram ni.🤣🤣
* Dpt tahu tak duduk kolej sem.2 makcik manusia yg paling happy..😂😂tak lena tidur weii 1 sem..
-A. MN@060721-
Comments
Post a Comment