Bicara santai makcik, sekadar sudut pandang..
Bahagia sebuah rumah tangga apabila kita memberi dan menerima, bukan selamanya memberi tapi langsung tak dihargai.
Ramai pasangan memilih diam dari bercerita. Pendam semua beban yang dirasa. Tanggung segala derita sendiri kerana bimbang silap bercerita, tohmah dan keji pula yang melata.
Ramai manusia hanya 'memandang' dengan mulut. Salah tetap di bahu orang yang kekal bertahan dan mencari jalan 'pulang'. Apabila penyelesaian yang dipilih adalah pergi, ramai pula yang menuding jari, salah dicari dan lemah diri digali. Tiada langsung yang menjadi penguat semangat. Dia yang memilih senyap, berterusan dipijak lumat.
Percayalah, pasangan yang bertindak melepaskan sebuah ikatan, biasanya dalam kalangan mereka yang telah berusaha sehabis daya untuk mempertahankan sebuah hubungan.
Andai tak mampu meringankan beban, jangan sesekali melagakan orang yang telah lama kecundang. Hiduplah dengan bersangka baik, bukan bertindak membaling batu sembunyi tangan. Bimbang di suatu waktu, batu yang kau baling terlantun ke tubuh sendiri.
Sakit?
Padan muka.
#rasa
-A.MN@10112022-
Comments
Post a Comment