Disclaimer:
- keadaan ini mungkin hanya terpakai untuk sesetengah individu, tidak bagi sesetengah yang lain.- penulisan ini juga turut menggunakan bahasa rojak.
Bicara santai: makhluk pendiam (introvert).
Percaya tak, orang introvert ni sebenarnya ada kekuatan tersendiri?. Mereka mampu bangkit dengan dorongan diri sendiri, walaupun mengambil masa yang agak lama kerana mereka banyak belajar dari pemerhatian, pengalaman serta bahan bacaan.😅
Jarang- jarang mereka akan lebih 'bertanduk' kalau jumpa dengan orang yang dia 'boleh masuk' dan berada dalam circle yang betul.😂
Makhluk ini merupakan individu yang sering sakit, disakiti dan mampu menyakiti orang lain (untuk zahirkan/ healing rasa sakit yang ditanggung).
Namun, dalam banyak hal, mereka seboleh mungkin tak nak orang lain melalui kesakitan sama yang pernah dirasai.
Di lain keadaan, mereka boleh salur kekuatan kepada individu yang lain. Mereka juga tergolong dalam kalangan manusia yang sangat baik untuk meminjamkan telinga dan bahu bagi yang memerlukan.
Cuma harus diingat, bagi orang yang tak banyak 'cekadak' seperti ini, mereka memang sangat demand word DIAM.
Tak perlu nak cakap lebih-lebih sebab ia akan kedengaran sebagai bebelan, itu lagi buat spesis ni rimas.
Once dia hanya bercakap apa yang perlu, then you should ikut saja rentak dia, unless dia dah start nangis, masa tu bolehlah main peranan lebih.
Just be there, peluk, usap manja, and again, tak perlu cakap banyak sebab benda tu boleh buat emosi dia 'penat' dan dia lagi 'DIAM'.
Kadang-kadang, type of person yang macam ni, dia perlukan semangat dari dalam diri dia sendiri, bukan dari orang lain kerana ia juga boleh jadi satu tujahan untuk dia bangkit semula. Sekali dia buat keputusan dan melangkah, jarang dia akan toleh belakang.
Anira MN@30082022
#Sekadar sudut pandang
#rasa
Comments
Post a Comment