Bicara santai makcik, sekadar sudut pandang.. Bahagia sebuah rumah tangga apabila kita memberi dan menerima, bukan selamanya memberi tapi langsung tak dihargai. Ramai pasangan memilih diam dari bercerita. Pendam semua beban yang dirasa. Tanggung segala derita sendiri kerana bimbang silap bercerita, tohmah dan keji pula yang melata. Ramai manusia hanya 'memandang' dengan mulut. Salah tetap di bahu orang yang kekal bertahan dan mencari jalan 'pulang'. Apabila penyelesaian yang dipilih adalah pergi, ramai pula yang menuding jari, salah dicari dan lemah diri digali. Tiada langsung yang menjadi penguat semangat. Dia yang memilih senyap, berterusan dipijak lumat. Percayalah, pasangan yang bertindak melepaskan sebuah ikatan, biasanya dalam kalangan mereka yang telah berusaha sehabis daya untuk mempertahankan sebuah hubungan. Andai tak mampu meringankan beban, jangan sesekali melagakan orang yang telah lama kecundang. Hiduplah dengan bersangka baik, bukan bertindak membal...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Disclaimer: - keadaan ini mungkin hanya terpakai untuk sesetengah individu, tidak bagi sesetengah yang lain. - penulisan ini juga turut menggunakan bahasa rojak. Bicara santai: makhluk pendiam (introvert). Percaya tak, orang introvert ni sebenarnya ada kekuatan tersendiri?. Mereka mampu bangkit dengan dorongan diri sendiri, walaupun mengambil masa yang agak lama kerana mereka banyak belajar dari pemerhatian, pengalaman serta bahan bacaan.😅 Jarang- jarang mereka akan lebih 'bertanduk' kalau jumpa dengan orang yang dia 'boleh masuk' dan berada dalam circle yang betul.😂 Makhluk ini merupakan individu yang sering sakit, disakiti dan mampu menyakiti orang lain (untuk zahirkan/ healing rasa sakit yang ditanggung). Namun, dalam banyak hal, mereka seboleh mungkin tak nak orang lain melalui kesakitan sama yang pernah dirasai. Di lain keadaan, mereka boleh salur kekuatan kepada individu yang lain. Mereka juga tergolong dalam kalangan manusia yang sangat baik untuk mem...
- Get link
- X
- Other Apps
Bicara santai tentang sudut pandang dan penerimaan (bergantung pada waktu dan keadaan) Lain padang lain belalang, lain orang lain penerimaan dan tindakan. - Diri kita adalah penentu persepsi atau pandangan orang lain terhadap kita. Bagaimana kita bentuk diri bergantung kepada apa yang kita fikir dan cara kita guna acuan kita sendiri dalam kebanyakan hal. Baik dan cantik acuan, pasti bentuk yang terhasil juga cantik. Dengan kata lain, kalau baik yang kita buat, pasti baik juga penerimaan dan sudut pandang orang terhadap kita. Cuma jangan terlampau yakin, kadang- kadang apa yang kita rasa baik, boleh terlihat buruk pada pandangan orang yang bersifat negatif. Begitu juga sebaliknya. Namun, ada ketika perspektif (tanggapan/ pentafsiran) orang boleh jadi pemboleh ubah atau membentuk diri kita yang baru. - pandangan positif, penerimaannya positif. - andaian negatif, penerimaannya negatif - tafsiran negatif, penerimaan dilihat dari sudut positif. Bagaimana cara acuan...