Posts

Showing posts from March, 2013

Keratan Akhbar : Bahasa Melayu Diancam

Image
Sumber oleh : Nazmi Yaakob

KATA BILANGAN

Apakah contoh kata bilangan yang kata selepasnya tidak perlu digandakan? Perkataan-perkataan berikut tergolong dalam kata bilangan. Oleh sebab itu, perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. perkataan-perkataan itu ialah: berbagai-bagai / pelbagai, para, sebahagian, segenap, keseluruhan, kedua-dua, beribu-ribu, berguni-guni, tiap-tiap, masing-masing. catatan : bagi perkataan masing-masing perkataan yang mendahuluinya tidak perlu digandakan. Contohnya: Semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing Dalam bahasa Melayu terdapat sekelompok perkataan yang dipasangkan pada kata bilangan . Perkataan jenis ini termasuklah perkataan; angkatan, baris, batang, berkas ,  jambangan, gugus, kawan, rangkai dan sebagainya. perkataan ini walaupun dirangkaikan dengan awalan se- yang bermakna ' satu' atau perkataan ' satu' masih mengandungi makna kumpulan, yakni lebih daripada satu dalam satu kumpulan. contohnya : seangkatan, sebaris, seberkas, segemal,seikat, sejam...

PENGGUNAAN KATA GANTI SINGKATAN

Terdapat empat jenis kata ganti singkatan dalam bahasa Melayu, iaitu ku , kau , mu dan nya . kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif) ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. contohnya: ku tulis, ku lihat, ku lambai, kau tulis, kau lihat, kau lambai i.  kata ganti singkatan ku , mu dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang     mendahuluinya contoh: rumah ku , rumah mu , rumah nya , untuk ku , untuk mu , untuk nya ii.  kata ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis sebelum kata ganti singkatan itu. contoh: rahmatilah hamba -Mu , ya Tuhanku, kita memohon petunjuk -Nya / rahmat -Nya